Saturday, February 19, 2011

Tahukah Anda.....?

Epal dan Oren ialah buah-buahan yang mempunyai nilai dan khasiat pemakanan yang unuk untuk badan kita. Ramai daripada kita memakan salah satu atau kedua-dua buah tersebut tetapi ada juga dari mereka yang tidak memakan langsung buah-buahan tersebut.

Soalannya ialah bolehkah epal dan oren mengantikan antara satu sama lain dari segi khasiat pemakanannya?


Jawapannya ialah TIDAK!!!!
Ia kerana buah-buahan tersebut mempunyai kelas nutrisi yang berlainan. Oleh yang demikian , untuk kita memakan salah satunya daripadanya atau tidak , pilhan peribadi atau tidak suka akan menentukan pilihan muktamad makanan kita.

Jadi begitulah juga dengan STEVIA dan Gula atau ringkasnya Bahan Pemanis Semulajadi adalah sangat berlainan dari segi taksiran sosio-kebaikan dan keburukannya. Gula adalah pemanis yang diperlukan oleh setiap manusia. tetapi kesan dan keburukannya juga amat banyak jika kadar pengambilannya melebihi dari sepatutnya. Ini kerana Gula memiliki kandungan KALORI yang amat tinggi.

Tetapi ia berlainan dengan STEVIA! iaitu sejenis daun yang memiliki kemanisan semulajadi sebanyak 200 X GANDA dan kadar kalorinya amat RENDAH berbanding gula biasa.

Dan ia adalah satu-satunya Alternatif yang semestinya diperlukan oleh semua Rakyat malaysia kerana STEVIA dapat membantu dan merawat pengaliran darah yang bermasalah dalam badan kita.

" Pilihan yang bijak dan tepat adalah penentu masa depan kita "

Monday, January 3, 2011

Kajian tentang Stevia

Tumbuhan stevia 200 kali lebih manis berbanding gula tebu

Stevia adalah sejenis tumbuhan agak baru di negara ini biarpun hakikatnya sudah lama digunakan di sesetengah negara sebagai bahan pemanis. Tumbuhan yang nama saintifiknya Stevia Rebaudiana, digunakan masyarakat Asli Red Indian Guarani di Amerika Selatan sejak 1,500 tahun lalu sebagai pemanis bagi ubat pahit.

Ia turut dikenali sebagai makanan tambahan dan herba merawat penyakit berkaitan kencing manis, obesiti, menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar. Namanya bagaimanapun mula menjadi sebutan penduduk tempatan kira-kira lima tahun lalu apabila khasiatnya sebagai pemanis yang sesuai di ambil pesakit diabetes heboh diperkatakan dan akhir-akhir ini dilonjak sebagai berpotensi menjadi tanaman komersial di negara ini.

Pegawai Penyelidik Prinsipal, Pusat Penyelidikan Padi & Tanaman Industri Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (Mardi), Dr Tan Swee Lian, berkata stevia yang berasal dari Paraguay, Amerika Selatan.

“Pokok renek berdaun bujur, batangnya lembut, bunga halus dan gerutu ini juga dikenali sebagai daun manis atau madu kerana mengandungi bahan yang 200 kali lebih manis daripada gula biarpun masih ada rasa pahitnya.

“Stevia mengandungi dua komponen utama pemanis di dalamnya iaitu steviosid dan rebaudiosid A. Kedua-dua bahan pemanis itu akan berkurangan jika tanaman berkenaan dituai lebih awal.

“Jika bahan steviosid dan rebaudiosid A diasingkan dalam proses makmal, maka rasa pahit dalam stevia akan dapat dihilangkan dan ia sesuai untuk dijadikan pemanis tanpa rasa pahit. Rasa pahit yang ada pada stevia kurang digemari sesetengah orang dan menjadi antara halangan utama sebagai makanan pengganti gula,” katanya

Beliau menjelaskan stevia mula dibawa masuk ke negara ini pada 1970-an dan kajian mengenainya berterusan sehingga ke hari ini, namun hanya dikenali ramai sejak lima tahun kebelakangan ini.

Katanya, stevia sudah dijadikan pengganti gula di Jepun dan menguasai 40 peratus industri pemanis manakala Korea Selatan menjadi negara kedua terbesar menjadikan stevia sebagai bahan pemanis. Di Kanada, India, China, Russia dan Paraguay, bahan pemanis itu diusahakan secara komersial.

Beliau menjelaskan sebelum ini ramai yang meragui khasiat stevia kerana kajian ke atas tikus di makmal mendapati pengambilan bahan pemanis secara banyak dan berterusan menyebabkan haiwan itu mandul.

“Tiada kajian khusus ke atas manusia dilakukan dan jika mahu dibandingkan dengan masyarakat Orang Asli di Paraguay, sukar untuk mendapatkan jawapan yang tepat kerana mereka tidak memakan stevia secara berterusan dan dalam jumlah yang banyak. Masyarakat itu memakan stevia bagi menghilangkan rasa pahit ubat saja dan bukannya dijadikan bahan wajib bagi setiap hidangan.

“Malah, satu masa dulu kerajaan Amerika Syarikat pernah mengharamkan kemasukan stevia sebagai pengganti gula. Namun, pada lewat 2008, pihak Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) meluluskan stevia sebagai bahan makanan yang selamat dimakan dan dikategorikan sebagai makanan tambahan dan herba bukannya pengganti gula,” katanya.

Kini, berjuta-juta orang di Brazil dan Jepun menggunakan stevia sebagai perisa makanan dan pemanis semula jadi, malah menjadi perisa makanan diluluskan sejak 20 tahun lalu. Penduduk Jepun dikatakan kumpulan pengguna terbesar menggunakan stevia bagi tujuan memaniskan hampir semua produk makanan termasuk jeruk, minuman ringan dan coklat.

Potensi stevia di Malaysia

APAKAH potensi stevia sebagai tanaman komersial di negara ini? Bolehkan ia dijadikan industri bahan pengganti gulai?

Pengarah Pusat Penyelidikan Padi & Tanaman Industri Mardi, Mansor Puteh, berkata Mardi banyak menerima permintaan dan pertanyaan mengenai stevia, khususnya selepas pengumuman kenaikan harga gula.

Namun, baginya herba itu tidak sesuai dijadikan tanaman komersial pengganti gula kerana kurang nilai ekonomi akibat harganya yang rendah, selain kualitinya yang tidak sebaik tumbuhan sama yang dikeluarkan di negara empat musim.

“Untuk mendapatkan sekilogram stevia kering, sekurang-kurangnya lima kilogram daun basah diperlukan iaitu kira-kira RM1.40 sekilogram, manakala kos pengeluarannya mungkin melebihi harga RM7 sekilogram tanaman.

“Mengikut kajian, stevia yang ditanam di negara ini kurang berkualiti kerana cepat berbunga selain perlu dituai lebih awal. Di Malaysia juga, ia biasanya boleh membesar dengan ketinggian satu meter berbanding di negara empat musim yang ketinggiannya mencecah tiga meter. “Justeru, jika ada mana-mana syarikat yang ada niat mahu mengusahakannya secara komersial untuk menjadi bahan penggantian gula, saya suka nasihatkan supaya melupakan saja hasrat itu,” katanya.

Mansor berkata, lebih baik jika tanaman berkenaan diusahakan untuk tujuan pemasaran bahan herba atau makanan tambahan dalam makanan dan minuman kesihatan terutama mereka yang mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi dan obesiti.

“Kita mengalu-alukan sesiapa saja yang berminat membangunkan tanaman ini dalam industri herba dan makanan tambahan. Malah, bersedia memberi khidmat nasihat, bantuan serta tunjuk ajar di samping terus menjalankan kajian untuk memperbaiki kualiti serta hasil penuaian stevia di negara ini,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Penyelidik Prinsipal, Pusat Penyelidikan Padi & Tanaman Industri Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (Mardi), Dr Tan Swee Lian pula berkata, ada beberapa bahan lain yang dikaji untuk menggantikan gula, namun semuanya didapati tidak sesuai untuk dikomersialkan kerana kos pengeluarannya besar selain masalah mendapatkan bahan mentah.

Antara tumbuhan itu ialah ‘Thamaucoccus’, pokok hutan seperti Kacip Fatimah tetapi ia sukar diusahakan kerana pokok ini amat sedikit mengeluarkan buahnya yang mengandungi bahan pemanis.

Selain itu, madu juga sukar diusahakan secara besar-besaran kerana Malaysia tidak mempunyai kawasan penanaman buah-buahan yang besar seperti di Australia dan Amerika Syarikat untuk membolehkan lebah menyedut nektar daripada bunga pokok buahan berkenaan.

Bagaimanapun, tegas Dr Tan, hanya empat daripada 100 jenis stevia saja yang sesuai dengan cuaca dan persekitaran di negara ini.

Beliau berkata, stevia boleh ditanam dan diusahakan di negara ini tetapi ada beberapa masalah yang perlu diambil risiko pengusahanya kerana tanaman berkenaan boleh mengeluarkan hasil yang baik jika lama terdedah kepada matahari.

“Di negara ini, waktu siang hanya 12 jam, bermakna daun yang dihasilkan kurang terdedah kepada matahari. Namun, Malaysia boleh menuai sebanyak sembilan kali hasil kerana kita panas sepanjang tahun.

“Berbanding negara empat musim, waktu panasnya kira-kira 16 jam dan tuai boleh dibuat sebanyak dua kali dalam tempoh musim panas kira-kira tiga bulan setengah. Oleh kerana kadar kepanasan dan pendedahan terhadap matahari tinggi, maka hasil stevia lebih berkualiti kerana kandungan steviosid dan rebaudiosid A tumbuhan itu lebih tinggi.

“Di negara ini, kita boleh melakukan sistem pemanasan menggunakan lampu seperti dilakukan untuk tumbuhan seperti kekwa atau Chrysanthemum, namun ini tidak dapat dilakukan untuk stevia kerana harganya terlalu rendah, sedangkan penggunaan lampu memerlukan kos yang lebih tinggi,” katanya.


Sunday, January 2, 2011

info Stevia

Assalamualaikum. Sejak gula naik ni, sedang berusaha untuk mencari alternatif lain selain kurangkan penggunaan gula dalam makanan atau minuman.
Stevia merupakan sejenis tumbuhan yang agak baru dinegara ini, namun sebenarnya ia telah digunakan disesetengah negara sebagai bahan pemanis. Daun stevia inin mula disedari oleh orang eropah pad kurun ke-16. Sejak itu, ia mula digunakan dengan meluas di Eropah sehinggalah dibawa masuk ke Asia.
Stevia merupakan 100% ekstrak pemanis semula jadi daeipada spesies tumbuhan herba stevia Rebaudiana. Ia lebih kurang termasuk dengan bunga matahari. Ia sebenarnya telah digunakan oleh negara India sebagai pemanis minuman herba pahit. Sekarang, ia telah digunakan di serata dunia untuk memaniskan makanan dan minuman sebagai makanan tambahan.
 

Nama sientifik bagi stevia.
Sweel honey leaf, ia berasal dari kawasan tropika dan sub tropika di negara amerika Selatan dan Amerika Tengah. Ekstrak daun ini banyak ditemui dalam produk pengguna seluruh dunia, terutamanya di Jepun, China dan Amerika Selatan. Minuman, gula-gula dan gula getah menggunakan ekstrak stevia sebagai pemanis bahan utama.
Ciri-ciri daun ini.
Sejenis pokok renek berbatang lembut. Daunnya berbentuk bujur (sila refer gambar). Mengeluarkan bunga halus dan bergerutu berwarna putih. Bunganya akan menghasilkan biji benih apabila matang. Ia dikenali sebagai daun manis ataua daun madu kerana mengandungi bahan yang 300 kali ganda manis dari gula, walaupun masih ada rasa pahitnya. Selain itu, ia mengandungi dua komponen utama oemanis didalamnya iaitu Steviosid dan rebaudiosid A. Kedua-dua bahan pemanis ini akan berkurangan sekiranya tanaman itu dituai awal sebelum matang.
Manakala daun mentahnya, mengandungi lebih kurang 100 zat fito dan minyak meruap yang telah dikenal pasti. Termasuklah sejumlah bahan rutin (daripada belulang) dan B-Sitiosterol (daripada daun). Ia mampu mengawal gula dalam darah. Ini termasuklah kromium, magnesium, mangan, kalium, selenium, zink dan vitamin B3(niasin).
Menurunkan berat badan.
Selain berfungsi sebagai pemanis, khasiat yang lain pada daun ini ialah sebagai ubat bagi menurunkan kadar gula dalam darah, melawaskan kencing, menurunkan tekanan darah, membunuh bakteria, membunh kulat, membunuh virus, mengurangkan keradangan, dan mampu menurunkan berat badan. Kebiasaanya, dos yang digunakan untuk tujuan pemanis mengunakansudu makan daun yang telah dihancurkan bagi mengantikan satu sudu makan gula biasa. Tidak seperti gula biasa, ia tidak menghasilkan manis dengan segera.
Dalam perubatan tradisional, daun ini dikatakan mampu untuk mengurangkan keinginan untuk memakan makanan manis dan berlemak. Meminum teh yang ditambah dengan daun stevia mampu mengurangkan keinginan untuk mengguna tembakau dan minuman beralkohol.
Terdapat juga kajian yang lain menunjukkan daun ini mampu menyekat ertubuhan dan penghasilan semula beberapa bakteria yang bertanggungjawab terhadap kerosakan gigi. Malah dikatakan, ekstrak daun ini digunakan dalam ubat kumur dan ubat gigi di negara China dan negara yang lain.
Namun begitu, anda perlulah mendapat nasihat dari doktor terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan yang lain, jika anda ada masalah sakit-sakit yang lain. Kanak-kanak dan wanita hamil tidak digalakkan mengambil daun ini sebagai tujuan perubatan.
Potensi Daun Stevia di Malaysia.
APAKAH potensi stevia sebagai tanaman komersial di negara ini? Bolehkan ia dijadikan industri bahan pengganti gula?
Pengarah Pusat Penyelidikan Padi & Tanaman Industri Mardi, Mansor Puteh, berkata Mardi banyak menerima permintaan dan pertanyaan mengenai stevia, khususnya selepas pengumuman kenaikan harga gula.
Namun, baginya herba itu tidak sesuai dijadikan tanaman komersial pengganti gula kerana kurang nilai ekonomi akibat harganya yang rendah, selain kualitinya yang tidak sebaik tumbuhan sama yang dikeluarkan di negara empat musim.
Untuk mendapatkan sekilogram stevia kering, sekurang-kurangnya lima kilogram daun basah diperlukan iaitu kira-kira RM1.40 sekilogram, manakala kos pengeluarannya mungkin melebihi harga RM7 sekilogram tanaman”
Mengikut kajian, stevia yang ditanam di negara ini kurang berkualiti kerana cepat berbunga selain perlu dituai lebih awal. Di Malaysia juga, ia biasanya boleh membesar dengan ketinggian satu meter berbanding di negara empat musim yang ketinggiannya mencecah tiga meter. Justeru, jika ada mana-mana syarikat yang ada niat mahu mengusahakannya secara komersial untuk menjadi bahan penggantian gula, dinasihatkan� supaya melupakan saja hasrat itu.
Lebih baik jika tanaman berkenaan diusahakan untuk tujuan pemasaran bahan herba atau makanan tambahan dalam makanan dan minuman kesihatan terutama mereka yang mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi dan obesiti.

Saturday, November 20, 2010


TESTIMONI BERKESAN BAGI PENGGUNA NISVIA 
EVOLUSI PERUBAHAN KESIHATAN ALAF BARU 
HERBA STEVIA REBAUDIANA

TERBUKTI

APA ITU....HERBA STEVIA REBAUDIANA?????

PENYAKIT DISEBABKAN GULA DIDUNIA MENINGKAT
Stevia Rebaudiana Bertoni
Stevia merupakan sebahagian daripada genus bunga matahari (Asteraceae) Berasal daripada iklim sub tropika dan tropika Amerika selatan dan Amerika tengah yang hampir sama dengan iklim tropika di malaysia.
Spesis Stevia rebaudiana yang juga dikenali sebagai sweetleaf, sweet leaf, sugarleaf, atau mudahnya stevia, telah dihebahkan kepada umum sebagai daun ajaib yang mengeluarkan manisan.
Sebagai Bahan pemanis dan juga pengganti gula, Stevia memberi rasa manis
yang sedikit lambat tetapi kekal sangat lama berbanding gula. (ini disebabkan
kelarutan stevia didalam air yang amat perlahan) Walaupun begitu ianya
meninggalkan sedikit rasa pahit seperti gula licorice (seperti beberapa gula-
gula herba english ) pada kepekatan tinggi.
Dengan rasa dari ekstrak stevia mampu untuk mencapai 300 kali tahap
kemanisan berbanding gula biasa (ketika telah larut dengan kepekatan
tinggi) , stevia telah mendapat perhatian daripada pengguna bahan rendah
LOGO PRODUK NISVIA DI PASARAN MALAYSIA
karbohidrat (pengamal diet) dan juga pengguna gula alternatif .
Kajian perubatan juga menunjukan keupayaan stevia untuk merawat ( dalam konteks pengawalan ) penyakit darah tinggi dan kencing manis serta penyakit Hipertension
Ini disebabkan oleh stevia mempunyai kesan terabai (negligence effects)
pada kadar glukosa gula. Ini terjadi akibat daripada stevia hanya memberikan
rasa manis tetapi tidak mempunyai glukos atau mana mana komponen gula
dan merupakan bahan pemanis yang asli tanpa bahan kimia aditif sintetik.
Penanam makanan organik merasakan sangat ideal untuk menanam stevia di
ladang mereka ini kerana stevia adalah penghalau serangga yang tidak toksik
kerana kadar kemanisan pada stevia yang sangat tinggi menyebabkan stevia
sangat sukar untuk dimusnahkan oleh serangga dan di laporkan tiada
ancaman belalang pada ladang yang mempunyai stevia kerana kadar
kemanisan yang sangat tinggi pada stevia

Kelebihan penggunaan stevia(Produk NISVIA)
NISVIA POWDER..CLICK
●Daun- 20 hingga 30 kali ganda lebih manis dari gula
●ekstrak- 200 hinga 300 kali ganda lebih manis dari gula
●Sangat tinggi khasiat
●Sangat enak jika di buat ulaman
●Tiada Kalori (0%)
●Tiada lemak (0%)
●Tiada toksik dan tiada pemanis tiruan ( ini kerana pemanis asli stevirol)
●tidak glisemik
●membantu penghadaman dan membantu mengurangkan berat badan
●ph dan juga stabil kepanasan sehinga 200°C
●Penambah rasa
●Boleh digunakan dalam masakan dan juga bakeri
●Tanpa preskripsi doktor
●menghalang gigi dari rosak
●anti oksida
●menambahkan tenaga
●menambahkan kekuatan minda
●tidak menambahkan nilai paras gula dalam darah
●tidak menyumbang kepada penyakit jantung korolari
●mengurangkan keinginan untuk menikmati makanan bergula dan berlemak
●mengurangkan keinginan untuk mengambil produk alkohol dan tembakau

Sejarah mengenai Stevia

Kurun ke 16 : Penjajahan Sepanyol di Paraguay telah mendapati bahawa
masyarakat paraguay ketika itu telah menggunakan ka'a he'e sebagai bahan
pemanis didalam minuman manis, makanan manis dan juga makanan ringan.
1887 : Dr.Moises Santiago Bentoni menemui stevia ketika mengkaji herba
yang digunakan di paraguay dan menamakannya dengan memberikan
penghormatan kepada ahli kimia paraguay Dr.Rabaudi
1931 : Dua orang ahli kimia Perancis Bridel & Lavielle berjaya mengekstrak
stevioside.
1954: Jepun membiakkan stevia dan menjadi diantara pengguna stevia
terbesar didunia.
1976: Jepun menjadi pengguna terbesar stevia didunia.
Disember 2008 : Penggunaan Stevia sebagai bahan perasa makanan (food
additives) telah diluluskan oleh US-FDA (Food Dietetic Administration)


Tuesday, November 2, 2010

SEMUA JADI MANIS DENGAN NISVIA


“... dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya Segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berusaha memperbaiki amalannya.”