Sunday, January 2, 2011

info Stevia

Assalamualaikum. Sejak gula naik ni, sedang berusaha untuk mencari alternatif lain selain kurangkan penggunaan gula dalam makanan atau minuman.
Stevia merupakan sejenis tumbuhan yang agak baru dinegara ini, namun sebenarnya ia telah digunakan disesetengah negara sebagai bahan pemanis. Daun stevia inin mula disedari oleh orang eropah pad kurun ke-16. Sejak itu, ia mula digunakan dengan meluas di Eropah sehinggalah dibawa masuk ke Asia.
Stevia merupakan 100% ekstrak pemanis semula jadi daeipada spesies tumbuhan herba stevia Rebaudiana. Ia lebih kurang termasuk dengan bunga matahari. Ia sebenarnya telah digunakan oleh negara India sebagai pemanis minuman herba pahit. Sekarang, ia telah digunakan di serata dunia untuk memaniskan makanan dan minuman sebagai makanan tambahan.
 

Nama sientifik bagi stevia.
Sweel honey leaf, ia berasal dari kawasan tropika dan sub tropika di negara amerika Selatan dan Amerika Tengah. Ekstrak daun ini banyak ditemui dalam produk pengguna seluruh dunia, terutamanya di Jepun, China dan Amerika Selatan. Minuman, gula-gula dan gula getah menggunakan ekstrak stevia sebagai pemanis bahan utama.
Ciri-ciri daun ini.
Sejenis pokok renek berbatang lembut. Daunnya berbentuk bujur (sila refer gambar). Mengeluarkan bunga halus dan bergerutu berwarna putih. Bunganya akan menghasilkan biji benih apabila matang. Ia dikenali sebagai daun manis ataua daun madu kerana mengandungi bahan yang 300 kali ganda manis dari gula, walaupun masih ada rasa pahitnya. Selain itu, ia mengandungi dua komponen utama oemanis didalamnya iaitu Steviosid dan rebaudiosid A. Kedua-dua bahan pemanis ini akan berkurangan sekiranya tanaman itu dituai awal sebelum matang.
Manakala daun mentahnya, mengandungi lebih kurang 100 zat fito dan minyak meruap yang telah dikenal pasti. Termasuklah sejumlah bahan rutin (daripada belulang) dan B-Sitiosterol (daripada daun). Ia mampu mengawal gula dalam darah. Ini termasuklah kromium, magnesium, mangan, kalium, selenium, zink dan vitamin B3(niasin).
Menurunkan berat badan.
Selain berfungsi sebagai pemanis, khasiat yang lain pada daun ini ialah sebagai ubat bagi menurunkan kadar gula dalam darah, melawaskan kencing, menurunkan tekanan darah, membunuh bakteria, membunh kulat, membunuh virus, mengurangkan keradangan, dan mampu menurunkan berat badan. Kebiasaanya, dos yang digunakan untuk tujuan pemanis mengunakansudu makan daun yang telah dihancurkan bagi mengantikan satu sudu makan gula biasa. Tidak seperti gula biasa, ia tidak menghasilkan manis dengan segera.
Dalam perubatan tradisional, daun ini dikatakan mampu untuk mengurangkan keinginan untuk memakan makanan manis dan berlemak. Meminum teh yang ditambah dengan daun stevia mampu mengurangkan keinginan untuk mengguna tembakau dan minuman beralkohol.
Terdapat juga kajian yang lain menunjukkan daun ini mampu menyekat ertubuhan dan penghasilan semula beberapa bakteria yang bertanggungjawab terhadap kerosakan gigi. Malah dikatakan, ekstrak daun ini digunakan dalam ubat kumur dan ubat gigi di negara China dan negara yang lain.
Namun begitu, anda perlulah mendapat nasihat dari doktor terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan yang lain, jika anda ada masalah sakit-sakit yang lain. Kanak-kanak dan wanita hamil tidak digalakkan mengambil daun ini sebagai tujuan perubatan.
Potensi Daun Stevia di Malaysia.
APAKAH potensi stevia sebagai tanaman komersial di negara ini? Bolehkan ia dijadikan industri bahan pengganti gula?
Pengarah Pusat Penyelidikan Padi & Tanaman Industri Mardi, Mansor Puteh, berkata Mardi banyak menerima permintaan dan pertanyaan mengenai stevia, khususnya selepas pengumuman kenaikan harga gula.
Namun, baginya herba itu tidak sesuai dijadikan tanaman komersial pengganti gula kerana kurang nilai ekonomi akibat harganya yang rendah, selain kualitinya yang tidak sebaik tumbuhan sama yang dikeluarkan di negara empat musim.
Untuk mendapatkan sekilogram stevia kering, sekurang-kurangnya lima kilogram daun basah diperlukan iaitu kira-kira RM1.40 sekilogram, manakala kos pengeluarannya mungkin melebihi harga RM7 sekilogram tanaman”
Mengikut kajian, stevia yang ditanam di negara ini kurang berkualiti kerana cepat berbunga selain perlu dituai lebih awal. Di Malaysia juga, ia biasanya boleh membesar dengan ketinggian satu meter berbanding di negara empat musim yang ketinggiannya mencecah tiga meter. Justeru, jika ada mana-mana syarikat yang ada niat mahu mengusahakannya secara komersial untuk menjadi bahan penggantian gula, dinasihatkan� supaya melupakan saja hasrat itu.
Lebih baik jika tanaman berkenaan diusahakan untuk tujuan pemasaran bahan herba atau makanan tambahan dalam makanan dan minuman kesihatan terutama mereka yang mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi dan obesiti.

No comments:

Post a Comment

kemanisan stevia lebih manis 100-300 kali ganda dari gula biasa tetapi..semut cukup benci dengan gula ni....haha (kesian kat semut)