PROFIL SYARIKAT




EASTEVIA.COM

Eastevia.com ini adalah dibawah hak milik EASTEAM MARKETING (SA0118099-H) yang berpengalaman luas dalam bidang pemasaran produk HALAL.
Bagi tujuan ini Easteam Marketing senantiasa bekerja rapat dengan pelbagai pihak professional atau konsultan yang berpengetahuan luas dalam bidang masing-masing dan berkongsi prinsip perniagaan kami. Antaranya seperti Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan banyak lagi.





MISI

Meningkatkan pengetahuan serta kesedaran masyarakat Islam tentang produk halal dan seterusnya mempengaruhi masyarakat bukan Islam untuk menggunakan produk buatan syarikat orang Islam.

Menyahut seruan kerajaan bagi memperkayakan pembelian dan penggunaan barangan tempatan atau buatan Malaysia yang mana ianya juga bermutu tinggi seperti barangan yang diimport.

Melahirkan golongan usahawan yang minat untuk menceburi bidang perniagaan serta disokong oleh Easteam melalui formula keusahawanan yang telah direka khas khusus untuk mereka yang berminat.



VISI

Menerajui pasaran global yang semakin efektif dalam memperkenalkan produk tempatan serta memberi pendedahan atau pendidikan awal kepada setiap golongan dari kanak-kanak sehingga dewasa.

Memperkembangkan perniagaan produk berasaskan herba serta kaedah rawatan penyakit melalui pengambilan ubatan herba serta kaedah rawatan Islam.

OBJEKTIF PENUBUHAN

Selari dengan arus pemodenan dan rakyat berkejaran untuk menjadi ahli perniagaan serta bergelar jutawan. Easteam bangkit untuk menyahut seruan tersebut.

Membantu golongan yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

Melatih para usahawan untuk membina jati diri serta semangat untuk bersaing secara sihat dalam meraih keuntungan melalui produk/barangan yang diniagakan.

Menjadikan kaedah rawatan serta perubatan Islam satu cabang perniagaan serta memartabatkan kaedah rawatan Islam yang mana ianya masih lagi tidak diketahui oleh masyarakat Islam sendiri.