info GULA

STEVIA - PENGGANTI GULA- PEMANIS SEMULAJADI TANPA KALORI


APAKAH GULA?

Gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh.

Secara semulajadi, gula boleh didapati dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi-ubian. Gula juga terdapat dalam buah-buahan, dalam bentuk fruktosa, dan susu, dalam bentuk laktosa.
Selain terdapat dalam bentuk semulajadi, gula juga ditambah ke dalam makanan semasa pemprosesan yang dikenali sebagai gula tambahan atau free sugar.

APAKAH SARANAN PENGAMBILAN GULA TAMBAHAN?
WHO (2003) menyarankan tidak melebihi 10 sudu teh sehari (50g) bagi dewasa

APAKAH CORAK PENGAMBILAN GULA DI MALAYSIA?
Kajian Pengambilan Makanan di Kalangan Orang Dewasa Malaysia 2002/2003
Sehari - gula yang ditambah dalam minuman sahaja -7 sudu teh (35g). Ini belum termasuk gula dalam makanan

Anggaran pengambilan gula sehari tahun 2009 - 25 sudu teh shari (125g)


Berdasarkan artikel diatas agak-agaknya berapa la jumlah gula yang kita ambil setiap hari ye. Tak hairan la orang Malaysia kini diancam pelbagai jenis penyakit akibat GULA

Semua orang tahu bahaya gula tapi disebabkan tanpa gula minuman dan makanan kita jadi tak sedap maka orang tetap mengambil gula. Agak-agaknya apa lah cara yang terbaik untuk kekalkan kemanisan dalam minuman dan makanan tanpa menggunakan gula?

Berapa Banyak Gula Dalam Makanan Kita?


Sugarstacks.com telah menyediakan gambarajah untuk kita membandingkan jumlah gula dalam makanan dan minuman yang kita makan sehari-hari.Mungkin kebanyakan pengguna kat Malaysia ni tak menggunakan gula kiub tu dan aku sendiri tak sure satu kiub tu berapa banyak gula dia (aku assume satu kiub tu satu camca besar)




Kalau kita tengok,jumlah gula yang digunakan khasnya dalam minuman adalah terlalu tinggi jumlahnya dan akan mengakibatkan kita mengalami kencing manis,gigi rosak dan hipertensi.



Jadi,kalau ada makanan dan minuman yang anda gemari ada kat sini,bolehlah mula kurangkan jumlah pengambilan.



Ada banyak lagi sampel makanan dan minuman yang ada,jadi aku hanya ambik yang mana relevan dengan pengguna kat Malaysia dekat sini.Jagalah kesihatan anda.